Posts

ST3 SCR18 ISOFIX Car Seat

Image
Assalamualaikum. Hai guys. Kali ni fara nak share car seat yang umar guna sekarang ni, which mentioned at the title.  ST3 SCR18 ISOFIX Car Seat. This is one of the sweet cherry products. Bagi fara, sweet cheery punya product affordable dan berkualiti. Dia x semahal jenama2 terkenal yang lain, tapi qualiti dia terbaik . So far umar memang banyak guna barang sweet cherry.  Range umur yang sesuai adalah dari 0-12 tahun , below 36 kg. so.. maknanya kita boleh pakai lama, x perlu bazir duit beli yng lain kalau anak dah besar kan.. ni gambar umar dalam scr18, nampak selesa kan? :) Car seat ni juga Isofix, majoriti kereta baru dah ada sistem isofix ni , so kalau dah boleh install yang isofix, why beli yang biasa kan?  dan yang paling penting, selain keselamatan, car seat yang kita guna juga mesti lulus JPJ , macam SCR 18 ni, dia certified ECE R44/04.     Pada car seat ni juga ada kod QR yang dikeluarkan oleh MIROS (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan R

Percayailah Yang Terbaik

Image
Ada banyak hal yang tak pernah kita minta tapi Allah tiada alpa menyediakannya untuk kita seperti nafas sejuk, air segar, hangat mentari, dan kicau burung yang mendamai hati jika demikian, atas doa-doa yang kita panjatkan bersiaplah untuk dijabah lebih dari apa yang kita mohonkan -Dalam Dekapan Ukhuwah Baik Sangka.. itulah topik yang saya nak kongsikan dalam post kali ini. Baik sangka dengan Allah, juga baik sangka sesama manusia. Baik Sangka dengan Allah 'kenapa Allah tak makbulkan doa aku? padahal aku tak pernah meninggalkan perintahnya' 'kenapa dia, yang xdelah lah baik sangat aku tengok, tapi nasib dia selalu baik, selalu je dapat apa yang dia nak' 'Ya Allah, kenapa result exam aku macam ni, sedangkan aku dah berusaha?' Pernah tak kita mengeluh dengan apa yang berlaku pada diri kita? cuba kita muhasabah balik diri kita? apa yang kita terima, sama ada kesenangan atau kesusahan, kedua-duanya adalah ujian.. bila Allah bagi kita

Kita, Prasangka, Mereka

Kita hidup di tengah-tengah khalayak Yang selalu berbaik sangka... Alangkah berbahayanya Terlalu percaya pada baik sangka mereka Membuat kita tak lagi jujur pada diri Atau menginsafi bahwa kita tak seindah prasangka itu Tapi keinsafan membuat kadang terfikir Bersediakah mereka tetap jadi saudara Saat tahu siapa kita sebenarnya Kadang terasa, bersediakah dia tetap menjadi sahabat Saat tahu hati kita tak tulus, penuh noda dan karat Dan...bersediakah dia tetap mendampingi kita dalam dekapan ukhuwah Ketika tahu bahwa iman kita berlubang-lubang Inilah bezanya kita dengan Sang Nabi Baginda dipercaya, kerana baginda dikenal Sebagai Al-Amin, orang yg tepercaya Sementara kita dipercaya, justru kerana Mereka semua tidak mengenal kita... Yang ada hanya baik sangka... Maka, mari kita hargai dan jaga semua baik sangka itu Dengan berbuat sebaik-baiknya Atau sekurangnya dengan doa yang diajarkan Abu Bakar Lelaki yang penuh baik sangka terhadap diri dan sesamanya "Ya Allah,

TELAGA ITU, TELAGA KAUTHAR

Image
TELAGA ITU LUAS, sebentang Ailah di Syam hingga San'a di Yaman. Di tepi telaga itu berdiri seorang lelaki . Rambutnya hitam, disisir rapi sepapak daun telinga. Dia menoleh dengan segenap tubuhnya, menghadap hadirin dengan sepenuh dirinya. Dia memanggil-manggil. Seruannya merindu dan merdu. "marhaban ayyuhal insan! Silakan mendekat, silakan minum!" Senyumnya lebar, hingga otot di ujung matanya berkerut dan gigi putihnya tampak. Dari sela gigi itu terpancar cahaya. Mata hitamnya yang bercelak dan berbulu lentik mengerjap bahagia tiap kali menyambut pria dan wanita yang bersinar bekas-bekas wudhuknya. Tapi di antara alisnya yang tebal dan nyaris bertaut itu, ada rona merah dan urat yang membiru tiap kali beberapa manusia dihalau dari telaganya. Dia akan diam sejenak. Wibawa dan akhlaknya terasa semerbak. Lalu dia bicara penuh cinta, dengan mata berkaca-kaca."Ya Rabbi", serunya sendu, "mereka bagian dariku! mereka umatku!" Ada suara menjawab, "E

Pemuda Islam

Image
Assalamualaikum semua.. lama rasa x menulis kat blog ni..almaklumlah, mungkin saya perasan busy. So, hari ni saya nak share ckit apa yang saya baca dr buku IKON SYABAB tulisan Us Umar Muhammad Noor. Siapa yang malas nak baca buku tu, baca post sy je ye, ringkas ckit..tp lebih baik rajin, sentap sikit bila baca buku ni, serius banyak sangat pengajaran. Ok,done membebel. Syabab tua apa ea?? Ok, syabab means pemuda, memiliki tubuh yg kuat dan minda yang jernih. Dengan tarbiah yang tepat , mereka dapat menggoncang dunia dengan tangan mereka. Insyaallah. Kenapa orang selalu  tekankan pemuda?? Ye la, masa muda ni lah kita perlu persiapkan diri sebelum hari tua mendatang, masa sihat n kuat ni lah boleh buat macam2. Dari muda lah, kita kena didik diri kita. Rasulullah s.a.w. pernah berpesan kepada Abdullah bin Umar semasa beliau masih remaja. “jadilah engkau di dunia seolah orang asing atau musafir yang singgah di jalanan” –HR Bukhari Pemuda Islam yang kita 

brotherhood in Islam

Image
“Ya Allah, kejamnya Israel ni” “Allah, kesian betul umat Islam di Syria” “apa? 529 orang penyokong Dr.Morsi dijatuhkan hukuman mati?” Itulah antara rungutan kita yang  cakna dengan isu semasa melibatkan umat Islam di negara lain. Selain konsisten memboikot barangan-barangan Yahudi, tangan tidak lokek menyumbang kepada tabung derma. Pelbagai program misi kemanusiaan kita sertai. Tahniah saya ucapkan jika anda adalah ‘kita’ di  atas. Tidak semua umat Islam yang cakna dan konsisten seperti anda. Tapi, apa yang saya nak sampaikan di sini , bukan setakat isu ini. Fokusnya di sini, Daripada banyaknya tangan yang tidak lokek menyumbang kepada tabung misi kemanusiaan Palestin, Syria dan sebagainya, berapa ramai yang ringan tangan untuk menyumbang apabila kita mendengar berita ini, ‘Bantuan dan sumbangan ikhlas diperlukan oleh adik nurhidayah ramli yang menghidapi ketumbuhan di kepala, memerlukan kos pembedahan sebanyak RM10 000.’ Berapa ramai?? Berapa ramai daripada kita yang

seminar baitul muslim 3.0

Image
assalamualaikum semua, moga berada dlm magfirah-Nya..selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad s.a.w. hari ni sy nak share ckit ttg seminar baitul muslim.. siapa yg dah pernah pergi?? mesti best kan.. siapa yg x pernah pergi tu, boleh lah join kali ni.. seminar ni mmg penting terutamnya yg dah nak berumah tangga.. sebelum pergi kita x rasa sgt kepentingan dia, tp serius bila dah join, baru kita rasa kepentingan dia.. ye lah, nak bina mujtama' muslim , khilafah islamiah, semuanya bermula dr peribadi muslim dan baitul muslim.. tarbiyah anak2 tu bermula dr rumah.. so, bg sy penting sgt seminar ni :) mahal?? mahal apalah sgt kalau utk ilmu..kita beli benda lain boleh, guna ckit utk ilmu apa salahnya kan?? dok gitu??huhu.. info seminar boleh baca kat bawah ni.. speaker2 dia pun best.. terutamanya ada Salim A. Fillah :) siapa yg berminat, jemput dftr di   seminar baitul muslim ok, selamat membaca! ^_^ “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan ra