Pemuda Islam
Assalamualaikum semua.. lama rasa x menulis kat blog
ni..almaklumlah, mungkin saya perasan busy.
So, hari ni saya nak share ckit apa yang saya baca dr buku
IKON SYABAB tulisan Us Umar Muhammad Noor. Siapa yang malas nak baca buku tu,
baca post sy je ye, ringkas ckit..tp lebih baik rajin, sentap sikit bila baca
buku ni, serius banyak sangat pengajaran.
Ok,done membebel.
Syabab tua apa ea??
Ok, syabab means pemuda, memiliki tubuh yg kuat dan minda
yang jernih.
Dengan tarbiah yang tepat , mereka dapat menggoncang dunia
dengan tangan mereka. Insyaallah.
Kenapa orang selalu
tekankan pemuda??
Ye la, masa muda ni lah kita perlu persiapkan diri sebelum
hari tua mendatang, masa sihat n kuat ni lah boleh buat macam2. Dari muda lah,
kita kena didik diri kita.
Rasulullah s.a.w. pernah berpesan kepada Abdullah bin Umar
semasa beliau masih remaja.
“jadilah engkau di dunia seolah orang asing atau musafir
yang singgah di jalanan” –HR Bukhari
Pemuda Islam yang kita
inginkan hari ini.
- Pemuda yang bersedia untuk
hidup dan mati kerana Islam.
- Pemuda yang sedar dan
meyakini bahawa kehidupan duniawi ini hanya sementara , lalu bersegera mengumpul bekalan menuju kehidupan akhirat yang kekal abadi.
Pemuda Islam perlulah..
1-
Perlu menetapkan matlamat
hidup dan berusaha untuk mencapainya. Matlamat perlulah bertepatan dengan
alquran dan sunnah. Pemuda Islam perlu
menetapkan matlamat untuk menjadi insan yang kuat iman, luas ilmu dan indah
akhlaknya.
2-
Jangan sia-siakan masa
muda, masa muda masa menyumbang. Masa inilah badan kita masih kuat untuk
melakukan banyak perkara. Sumbanglah sesuatu untuk Islam apa yang termampu.
3-
Isi masa dengan aktiviti
yang bermanfaat, cukuplah bermain-main.
4-
Jaga mata, jaga iman.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“pandangan adalah salah satu anak panah beracun
daripada iblis. Sesiapa yang meninggalkannya kerana takut kepada Allah, maka
Allah akan memberinya keimanan yang manisnya terasa di dalam hati” (riwayat
al-hakim)
5-
Buat baik kepada ibu bapa
kerana mereka adalah kunci kebahagiaan “ redha Allah terletak pada redha ibu
bapa”.
6-
Jangan padamkan cahaya ilmu
dengan meninggalkan maksiat.
Imam syafie berkata : “ sesiapa yang ingin
Allah membuka dan menerangi hatinya, maka jauhilah ucapan yang tidak berguna,
tinggalkanlah dosa dan maksiat, dan hendaklah
dia memiliki ibadah tersembunyi antara dirinya dengan Allah s.w.t.
7-
Mencintai buku dan ilmu.
8-
Mengatur masa, bahagikan
masa untuk –membaca, riadah, ibadah, bergaul dan berhibur.
Ok!! So, improve urself towards a better
ummah!
Its better late than never.
Wallahua’lam.

Comments