mana sensitiviti kita ?

assalamualaikum semua..moga antum berada di bawah limpahan rahmat Allah . Alhamdulillah , setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah kerana kita masih lg menikmati dua nikmat yg terbesar iaitu nikmat Islam dan iman. Apa yang saya nak sentuh di sini adalah tentang sensiviti kita sebagai umat Islam . Mana sensitiviti kita terhadap umat Islam yg ditindas ? Mana sikap ambil peduli kita terhadap rakyat Syria ? Kadang-kadang kita lebih sibuk membicarakan soal cinta , soal kahwin ,sehingga kita lupa nasib saudara kita . Lagi teruk ada diantara kita yang langsung tidak ambil peduli . Seolah-olah kita tidak ada kena mengena dgn umat di sana. Tapi , ingatkah kita dengan sabda junjungan SAW yang bermaksud : “Sesiapa yang tidak mengambil berat terhadap urusan (hal, keadaan) orang muslimin, maka bukanlah dia dalam kalangan mereka. Dan sesiapa yang memulakan harinya dengan mengutamakan perkara selain daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredhai Allah”. (Riwayat A...