brotherhood in Islam
“Ya Allah, kejamnya Israel ni” “Allah, kesian betul umat Islam di Syria” “apa? 529 orang penyokong Dr.Morsi dijatuhkan hukuman mati?” Itulah antara rungutan kita yang cakna dengan isu semasa melibatkan umat Islam di negara lain. Selain konsisten memboikot barangan-barangan Yahudi, tangan tidak lokek menyumbang kepada tabung derma. Pelbagai program misi kemanusiaan kita sertai. Tahniah saya ucapkan jika anda adalah ‘kita’ di atas. Tidak semua umat Islam yang cakna dan konsisten seperti anda. Tapi, apa yang saya nak sampaikan di sini , bukan setakat isu ini. Fokusnya di sini, Daripada banyaknya tangan yang tidak lokek menyumbang kepada tabung misi kemanusiaan Palestin, Syria dan sebagainya, berapa ramai yang ringan tangan untuk menyumbang apabila kita mendengar berita ini, ‘Bantuan dan sumbangan ikhlas diperlukan oleh adik nurhidayah ramli yang menghidapi ketumbuhan di kepala, memerlukan kos pembedahan sebanyak RM10 000.’ Berapa ramai?? Berapa ramai daripada k...