pabila Islam menjadi asing
assalamualaikum semua..apa khabar iman antum?? insyaallah , hari ni sy nak kongsi sedikit apa yg sedang berlaku pd zaman yg mengejar arus kemodenan ini..
jika kita lihat pd zaman sekarang ni islam sedikit sebanyak sudah menjadi asing . betul x?? maksud sy Islam sudah jd asing bukanlah org yg menganut Islam sebab kalau kita nak tgk sekarang umat Islam tu memanglah ramai , tetapi , berapa ramai sgt yg mengamalkan Islam sepenuhnya?? berapa ramai yg menjadikan Islam sebagai Addeen .? bahkan, orang yg mengamalkan Islam or membawa nama Islam kadang-kadang diperlekehkan . Yang paling sedihnya , umat Islam sendiri memperlekehkan orang2 agama . Umat Islam sendiri yg mempermainkan hukum2 Allah . Benarlah sabda Nabi Muhammad s.a.w. bahawa Islam bermula dalam keadaa terasing dan akan kembali asing seperti permualaannya .
di sini sy bagi satu situasi ..
suatu hari sy dan kawan2 pergi ke koperasi utk membeli keperluan. kami merupakan students pengajian Islam dgn sains . jd, tentulah kami berpakaian sopan dan menutup aurat . tiba2 ada seorng pekerja lelaki nak masuk koperasi , tapi , melihat kami di situ , dia berkata kpd penjaga kaunter , "akak , saya tunggu kat luar dulu lah ye . Rasa berdosa gile pulak kalau bercampur ." (dlm keadaan mmpermainkan).
Ya Allah.. mendengar ucapannya itu membuat sy beristigfar.. sy n kawan2 sedikit marah n sedih kerana betapa jahilnya umat Islam sekarang .
kadang2 ada juga kawan2 sy tanya , "kenapa diorang ni anti gila dgn kita ye?".
menjawab persoalan itu..
biasalah , orang yg bawa nama Islam ni selalu diperlekehkan . tetapi, kita yg bawa nama Islam ni janganlah cepat berputus asa ataupun merungut . Allah hanya uji kita sedikit . Jika kita imbau sirah Nabi Muhammad s.a.w , lagi teruk baginda dgn sahabat2 diperlekehkan . Tapi , dgn ketabahan dan keimanan mereka, akhirnya Islam berjaya sampai juga ke kita . Jika terlintas dihati kita perasaan sedih dan geram, hayatilah sirah Rasulullah s.a.w.
kat sini sy juga nak selitkan kata2 semangat buat sahabat2 seperjuangan sy..
kawan-kawan..
janganlah kita malu bila orang memperlekehkan kita jika kita mengamalkan Islam. kerana sabda Rasulullah s.a.w : " Islam bermula dalam keadaan terasing . Ia akan kembali terasing seperti permulaannya. Maka , berbahagialah untuk orang yang terasing".
jadi..teruskanlah pantulkan cahaya Islam walau dalam keadaan terasing , walau org memandang pelik , walau orang memperlekehkan kita . kerana Allah sentiasa bersama hambanya yg bersabar .
semoga kita menjadi orang yg berbahagia di akhirat kelak..Insyaallah.
Comments