Posts

Showing posts from 2012

biar bidadari mencemburui dirimu

Image
Di sebalik bersih wajahmu, Di sebalik tabir dirimu, Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri, Itulah sekeping hati, Yang takut pada Illahi, Berpegang pada janji mengabdikan diri. assalamualaikum warahmatullah..apa khabar muslimat2 semua? post kali ni khas utk anda semua ~bidadari-bidadari dunia~. soalan saya yg pertama...ingin menjadi seperti bidadari? saya pasti jawapan anda semua adalah "Ya, saya mahu jd seperti bidadari". BIDADARI ITU SUCI Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang membatasi pandangan, yang tidak pernah disentuh oleh manusia dan jin sebelumnya. (Ar-rahman:56) Kesucian mereka menyejukkan setiap mata yang memandang, membuat hati tenang, segar dan tenteram.. mesti ada di kalangan anda berkata "alaa, mestilah, sebab diorg bidadari, dah diciptakan cantik dan baik". Ya, saya tak menafikan, tetapi...jgn bimbang dan tak perlu cemburu sebab wanita dunia boleh jadi lebih baik dari bidadari-bidadari syurga. iya ke?? jom...

hebatkah kita???

Image
assalamualaikum semua , apa khabar iman ?? alhamdulillah sy berkesempatan utk berkongsi sesuatu di sini. semalam saya dapat panggilan dr seorang sahabat lama ,  mengadu tentang teman serumahnya yang dahulunya tidak mengamalkan Islam secara keseluruhannya *(ala-ala free hair , couple n macam2 lah) ,tetapi alhamdulillah sekarang dia dah berubah kearah yg lebih baik, dah mula menutup aurat dengan sempurna, dan meninggalkan kehidupan sosial . So ? apa masalahnya ? salahkah berubah jadi baik ? ya, berubah jadi baik memang tak salah , malah sangat baik dan dia sangat beruntung memilih dan terpilih untuk mendapat hidayah Allah . Firman Allah : .....Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah pertunjuk kepadanya. Dan sesiapa yang diberi hidayah pertunjuk oleh Allah, (dengan sebab pilihannya yang benar), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menyesatkannya. Bukankah Allah Maha Kuasa, lagi be...

buatmu sahabat tercinta ♥

Image
assalamuaikum . pertama kali mendengar puisi ini didendangkan oleh sahabat, air mata sy mengalir .. moga puisi ini juga dr hati saya buat semua sahabat tercinta..terima kasih juga pd insan yg mencipta puisi indah ini.. buatmu sahabatku tercinta, terimalah.. Teman, aku ingin… Aku ingin kita seperi Abu Bakar al-Siddiq, Persahabatan dijalinkan kerna al-Khaliq, Harta dikorbankan bukan sedikit, Cintakan kebenaran, sanggup bersakit. Serta tawakal Ibrahim mulia, Ketika meninggalkan insan tercinta, Di bumi tandus tanpa bicara, Meyakini Allah sebagai Penjaga. Aku impikan antara kita seorang Umar, Berdiri takala tunduknya manusia, Bersuara takala diamnya mereka, Menggerunkan musuh durjana. Serta senyuman Syed al-Qutb, Ketika berhadapan dengan tali maut, Akidah mantap tidak terrenggut, Roh dakwahnya tidak surut. Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair, Menahan panahan Hajjaj dengan rela, Bersama si ibu tua, Lantas syahid, rohnya ke syurga. Marilah kita menyem...

sayonara jahiliyah

Image
Wahai para mujahid muda , Allah s.w.t telah memilih kita , Menjadi duta buat semua  manusia , Tugas ini bukanlah mudah . Setiap kata , Setiap detik fikir , Mahupun lintasan mata Dan derapan tingkah laku , Pergaulan dan akhlak , Harus menjadi wajah Buat Islam yang sebenar . Akhlak , Pergaulan , Pakaian , Menjadi ilustrasi indah Dijadikan qudwah buat umat . Wahai mujahid muda , Jika kita tersadung langkah , Lalu lemas dalam maksiat , Leka dalam pergaulan , Asyik dengab hijabista , Berakhlak layaknya si barat , Mahupun hidup bertuhankan hedonisme , Pasti manusia seluruhnya akan keliru . Paling digeruni , Mereka takkan percaya lagi , Pada kamu dan duta Islam lainnya , Malah , Tertutup hati mereka untuk Islam ! Ayuh ! Kita bersihkan jiwa dan diri , Bertaubat nasuha , Beristighfar , Bermujahadah dengan mencelupkan diri , dengan Islam yang tulen . Lalu , ucapkanlah "SAYONARA pada JAHILIYYAH" ' Kerana-Nya semata . *zarith fawiza   JO...

syahadatul haq

Image
assalamualaikum wa rahmatullah. apa khabar iman antum semua ? hari ini saya nak kongsikan sedikit ttg buku Syahadatul Haq karangan Sayyid Abu Al-a'la Al-maududi . dah baca ?? x pe, kalau dah baca kita remind balik . bg yg belum baca , sy cadangkan korang baca ye nanti . apa dia syahadatul haq ni ?? saya rasa semua org tahu yg syahadatul haq ini ialah Pengakuan Sebenar Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah . tapi ... adakah cukup syahdatul haq ini dengan sekadar mengimani kewujudan Allah, malaikatNya, kitabNya, rasulNya dan hari akhirat ?? tidak ... bahkan tanggungjawab syahadah ini juga tidak cukup setakat mendirikan sembahyang, puasa, zakat dan haji . Syahadah ini hanya terlaksana apabila orang-orang yang beriman menyampaikan kalimah hak ke seluruh bangsa manusia dalam bentuk amal soleh, akhlak yang terpuji dan pemerintahan yang adil. Dengan kata lain mereka perlu menjelaskan ke selu...

jerawat vs bintik hitam

Image
assalamualaikum. apa khabar antum semua? pelik tak dengan tajuk saya? ok, selalunya kita akan merungut kalau jerawat naik di muka kita. "alamak , jerawat!" "macam mana ni awk, jerawat naik lagi.." kita pun mulalah mencari inisiatif utk menghilangkan jerawat tersebut. kadang-kadang bila ada jerawat ,kita akan rasa sedih dan malu utk berhadapan dgn org.. tapi....soalan saya, adakah kita berusaha mencari inisiatif utk hilangkan bintik hitam di hati kita?? tidakkah kita berasa malu dgn Allah punyai hati yg penuh dengan maksiat ? ingatkah kita dengan sabda junjungan S.A.W yang bermaksud , "Sesiapa yang melakukan satu dosa , maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam ,sekiranya dia bertaubat, akan terkikislah titik hitam itu pada hatinya. Jika dia tidak bertaubat , maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam" -HR Ibnu Majah jadi , adakah kita runsing memikirkan bintik hitam pada hati kita sama seperti ...

♥ zhen ai 真爱 ♥

Image
bismillahirahmahnirahim assalamualaikum.                              "lao shi , boleh x nnt time mandarin ajar kami maksud lirik lagu ni?" teringat permintaan kawan2 sy dekat lao shi (cikgu) ms form 2 dulu . Cuba teka lagu apa?? Lagunye sama mcm tajuk kat atas , ' zhen ai' . Masa tu kitorg tgh layan drama taiwan ,' prince who turn into frog' n lagu tema drama tu lagu zhen ai nilah..masing2 excited nak tahu maksudnye..yg kelakarnya mcm satu batch je taksub ngan drama ni *except boys..kami punye batch mmg terkenal dgn kaki korea n taiwan dkt InSTAR dulu.. kebetulan kitorg amek mandarin , bolehlah blajar sekali maksud lirik lagu tu.. bila smpi time mandarin , lao shi pun suruh kitorg nynyi coz kebetulan time tu semua pelajar putera x de * x ingat pulak diorg g mn .. kitorg pun nyanyilah dgn penuh semangat n feeling..hehe..tulah crite zaman kecik2 dulu tp sebenarnya...bukan itu yg sy nak sampai...

♥ from the river to the sea ♥

Image
bismillahirahmanirahim.. assalamualaikum dan salam mahabbah..moga semua dlm limpahan rahmat-Nya alhamdulillah, atas permintaan bbrapa sahabat ,berkesempatan juga sy untuk kongsikan sesuatu disini walaupun tgh sibuk preparation utk final. post kali ni sy nak share something yg sy dapat semasa global march to Jerusalem (GMJ).Siapa pergi?cuba angkat tangan..huhu.. Pada awalnya sy x merancang pun nak pergi memikirkan exam final..last2 minit, alhamdulillah Allah gerakkan hati sy untuk pergi..ada jugaklah sumbangan sy untuk Islam walaupun x seberapa..jd, kat sini sy nak minta maaf sgt2 kat sahabat2 yg terasa dgn sy sbb x ajak dan x beritahu.."sory sgt2 x beritahu korang". :( so..sbgi tanda minta maaf, sy kongsikan serba sedikit ttg GMJ . ok..program sbnrnya dah start petang tu lg, tapi kami smpai dah nak dekat maghrib.. tp x pe..the real majlis mula mlm tu.. masuk maghrib ,semua yg hadir solat berjemaah kat tgh2 stadium..solat maghrib n solat hajat. Terasa best sgt sol...

ciri-ciri orang yang mendapat hidayah

Image
assalamualaikum semua..alhamdulillah dpt juga sy mencoret sesuatu di sini, walaupun x seberapa, harap ianya bermanfaat.Kali ni saya nak kongsikan sedikit apa yg sy dapat dlm buku Menyeru Kepada Allah yg ditulis oleh alfadhil us.A. Ubaidillah Alias. Saya nak kongsikan sedikit ttg ciri2 orang yang mendapat hidayah Allah. 1~ merasa mudah dalam beramal soleh orang yg mendapat hidayah akan merasa mudah dan ringan untuk melaksanakan perintah Allah dan melakukan amal soleh . Firman Allah swt dlm surah Al-an'am ayat 125 yg bermaksud : "Maka barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanyapetunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk Islam. Dan barangsiapayang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanyasesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman". maksud ayat 'Dia melapangkan dadanya untuk Islam' ialah mereka yang mendapat hidayah akan merasa mud...

mana sensitiviti kita ?

Image
assalamualaikum semua..moga antum berada di bawah limpahan rahmat Allah . Alhamdulillah , setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah kerana kita masih lg menikmati dua nikmat yg terbesar iaitu nikmat Islam dan iman. Apa yang saya nak sentuh di sini adalah tentang sensiviti kita sebagai umat Islam . Mana sensitiviti kita terhadap umat Islam yg ditindas ? Mana sikap ambil peduli kita terhadap rakyat Syria ? Kadang-kadang kita lebih sibuk membicarakan soal cinta , soal kahwin ,sehingga kita lupa nasib saudara kita . Lagi teruk ada diantara kita yang langsung tidak ambil peduli . Seolah-olah kita tidak ada kena mengena dgn umat di sana. Tapi , ingatkah kita dengan sabda junjungan SAW yang bermaksud : “Sesiapa yang tidak mengambil berat terhadap urusan (hal, keadaan) orang muslimin, maka bukanlah dia dalam kalangan mereka. Dan sesiapa yang memulakan harinya dengan mengutamakan perkara selain daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredhai Allah”. (Riwayat A...

Ya Rasulullah..

Image
اللَّهُـمّ صَــــــلٌ علَےَ مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل مُحمَّــــــــدْ Assalamualaikum..sy post utk kali yg kedua sempena maulidur Rasul.. salam Maulidur Rasul utk semua.. moga kita jd umat Rasulullah yg terbaik! assalamualaikum semua..kaifa halukum?? hope antum semua diberi kesihatan  oleh Allah s.w.t hari ni sy nak sentuh ttg our qudwah..siapa lg kalau bukan rasul kita.. Muhammad s.a.w.. Antara dalil2 al-Quran yang menyatakan Rasulullah SAW sebagai suri teladan(Qudwah Hasanah): Surah al-Ahzab,ayat 21: لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٌ۬ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأَخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا (٢١ Tafsirnya: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). " Surah al-Qalam, ayat 4: وَإِنَّكَ ل...

~ jangan terlampau berkira ~

Image
assalamualaikumwarahmatullah .. alhamdulillah3 ..syukur kepada Allah s.w.t kerana dgn izinnya dpt sy meluangkan masa bertinta di sini .. apa yg sy nak tulis pd entry kali ni adalah ttg majlis ilmu .. ~ jangan berkira dgn majlis ilmu ~ kenapa saya kata begini ?? perasan tak kadang2 kita ini memilih penyampainya (penceramah).. kalau kita kenal ataupun kita suka dgn penceramah itu baru kita bercadang-cadang nak pergi.. sebagai contoh , dalam perjalanan ke kelas kita ternampak satu poster " wah ,, IM Asyraf lah ,bestnye , jom pergi , jom ". cuba kalu poster itu pamerkan ustaz2 yg kita x kenal or x berapa nak glamour ?? adakah kita excited nak pergi ?? alhamdulillah kalau kita pun beghie jgk nak pergi .. tp kebanyakannya akan melihat kpd penceramahnya dahulu .. x salah untuk kita excited dgn penceramah kegemaran kita , tapi alangkah baiknya kalau kita lebih excited untuk menuntut ilmu ..kerana setiap majlis ilmu yg kita hadiri ,insyaallah kita akan dapat ilmu baru da...