sayonara jahiliyah
Wahai para mujahid muda ,
Allah s.w.t telah memilih kita ,
Menjadi duta buat semua manusia ,
Tugas ini bukanlah mudah .
Setiap kata ,
Setiap detik fikir ,
Mahupun lintasan mata
Dan derapan tingkah laku ,
Pergaulan dan akhlak ,
Harus menjadi wajah
Buat Islam yang sebenar .
Akhlak ,
Pergaulan ,
Pakaian ,
Menjadi ilustrasi indah
Dijadikan qudwah buat umat .
Wahai mujahid muda ,
Jika kita tersadung langkah ,
Lalu lemas dalam maksiat ,
Leka dalam pergaulan ,
Asyik dengab hijabista ,
Berakhlak layaknya si barat ,
Mahupun hidup bertuhankan hedonisme ,
Pasti manusia seluruhnya akan keliru .
Paling digeruni ,
Mereka takkan percaya lagi ,
Pada kamu dan duta Islam lainnya ,
Malah ,
Tertutup hati mereka untuk Islam !
Ayuh !
Kita bersihkan jiwa dan diri ,
Bertaubat nasuha ,
Beristighfar ,
Bermujahadah dengan mencelupkan diri ,
dengan Islam yang tulen .
Lalu , ucapkanlah "SAYONARA pada JAHILIYYAH" '
Kerana-Nya semata .
*zarith fawiza
JOM EDISI 03

Comments
Farah, sy nk minta maaf sgt2 kt awk.. sy tau awk fhm apa yg sy maksudkan... ok la, sampai ketemu semula esok time nazariyyah hukm... insyaAllah.. ^_^
waalaikummussalam suha.. rindu awk sgt3.. walaupun tibe2 ..huhu
suha...x perlu minta maaf, sy faham.. apa pun keputusan awk , sy doakan ianya yg terbaik buat awk.. yg penting tarbiyah diri kena kuat..
ok, insyaallah jumpa esok..
uhibbuki fillah