Remaja daie - saat kaki melangkah

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullah.. apa khabar iman anda? Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya mencoretkan sesuatu disini. Seperti tajuk di atas, saya akan menyentuh tentang remaja daie. Apa itu remaja daie? Remaja yang dalam dirinya ada inisiatif untuk mengembalikan ummah yang dipengaruhi jahiliyyah kembali kepada Islam yang sebenar. Mereka menggunakan pelbagai wadah dalam usaha membantu rakan-rakan mereka kembali kepada Allah dan Rasul. Alhamdulillah , saya tahu ramai remaja di luar sana yang mempunyai niat untuk memperbaiki diri dan ummah. Tapi ingat , niat sahaja tidak mencukupi. Dalam ramai yang nak memperbaiki diri , ramai juga di luar sana yang masih leka dengan keseronokan dunia. Tidak boleh juga kita hanya memperbaiki diri sendiri sahaja tanpa memikirkan masalah ummat . Lebih teruk lagi , kita sibuk memperbaiki ummat, tetapi lupa untuk memperbaiki diri sendiri .. nauzubillah Jadi , yang terbaik adalah baiki diri kita...