Remaja daie - saat kaki melangkah
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
warahmatullah.. apa khabar iman anda?
Alhamdulillah,
akhirnya dapat juga saya mencoretkan sesuatu disini.
Seperti
tajuk di atas, saya akan menyentuh tentang remaja daie.
Apa itu
remaja daie?
Remaja yang
dalam dirinya ada inisiatif untuk mengembalikan ummah yang dipengaruhi
jahiliyyah kembali kepada Islam yang sebenar. Mereka menggunakan pelbagai wadah
dalam usaha membantu rakan-rakan mereka kembali kepada Allah dan Rasul.
Alhamdulillah
, saya tahu ramai remaja di luar sana yang mempunyai niat untuk memperbaiki
diri dan ummah.
Tapi ingat
, niat sahaja tidak mencukupi. Dalam ramai yang nak memperbaiki diri , ramai
juga di luar sana yang masih leka dengan keseronokan dunia.
Tidak boleh
juga kita hanya memperbaiki diri sendiri
sahaja tanpa memikirkan masalah ummat .
Lebih teruk
lagi , kita sibuk memperbaiki ummat, tetapi lupa untuk memperbaiki diri sendiri
.. nauzubillah
Jadi , yang
terbaik adalah baiki diri kita , dalam masa yang sama sumbangkan sesuatu yang
boleh membantu ummat untuk kembali kepada landasan Islam yang sebenar.
Tidak mampu
???
Err..pada
pendapat saya, jika kita sudah mempunyai niat, kita semua mampu sebenarnya..
Cuma kemampuan
kita yang berbeza.
Luaskan skop
dakwah, jangan hanya fikir dakwah hanya dengan lantangnya memberi ceramah..
Ya, pada
zaman sekarang, mungkin itulah metod yang paling berkesan.
Tetapi,
jika kita tidak mampu untuk menyampaikan dakwah melalui ceramah, talk or apa2
yang menggunakan lisan,..
Carilah metod
yang lain.. sbgi contoh penulisan.
“alamak,
menulis pun saya tak pandai”
Ok,
kalau tak mampu jugak , share je orang lain punya tulisan..status, blog dan
semua2 yang mengajak kepada kebaikan..
senangkan?
Just share..
At least,
ada sesuatu yang kita sumbangkan untuk Islam.
Tetapi,
nasihat saya untuk diri saya dan semua..
Pelbagaikan
dan asah kebolehan kita.
Jika tidak
berani untuk tampil memberi ceramah, mulakan dari bawah, sebagai contoh jadi
naqib or naqibah usrah.
Buat usrah
sendiri, dgn niat utk mengajak orang lain kepada Allah dan Rasul.
Sedikit sebanyak
ia melatih kita untuk lebih berani bercakap di khalayak.
Bila nak
start??
Sekarang!
Semuanya patut bermula sekarang..
Sudah tiada
masa untuk kita menanguh-nangguhkan dengan keadaan umat yang sedang lena dibuai
jahiliyyah.
Ayuh sahabat!
Jadilah kita
seperti mus’ab bin umair
Yang tetap
setia mempertahankan panji islam
Walau tangannya
kudung dilibas musuh.
Jadilah seperti
zubbair bin awwam
Yang pedangnya
selalu siaga
Kala
Rasul dihadang bahaya
Jadilah seperti
thalhah bin ubaidillah
Assyahidul
Hayy ,pahlawan syahid yang hidup
Memeluk Islam
ketika usia muda
Jadilah
kita seperti sultan Al-fateh
Menakhluk
konstantinople pada usia remaja
Wallahua’alam

Comments