Posts

Showing posts from 2011

awas !!! mindamu diserang !!

Image
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.. syukur alhamdulillah , Allah bagi kesempatan pada saya untuk menulis pd hari ini.. apa yg saya nak kongsikan pada kali ini adalah ttg ghazwatul fikr ( seranagan fikiran )..dlam minggu ni saja , dah masuk tiga kali sy dgr tazkirah ttg ni.. so macam x adil kalau sy x kongsikan ilmu ni.. bg yg dah sedia maklum ttg perkara ini , ambillah ianya sbgi peringatan buat diri kita yg sering lupa .. apa itu ghazwatul fikr ?? ghazwatul fikr dr segi bahasanya adalah serangan fikiran .. selepas peperangan salib ..tentera salib telah berbincang ..dalam perbincangan mereka .. mereka mengatakan bahawa umat Islam ini tidak dpt dikalahkan dgn perang ... jd mereka merancang untuk menyerang pemikiran umat Islam . ”Muslims should not be approached as people often do, by arms, but by words, not by force, but by reason, not by hatred, but by love.”- Petrus Venerabilis, pemimpin tentera salib “Kita tak akan dapt kalahkan orang Islam selagi mereka rapat de...

Insan Tarbawi

Image
assalamualaikum semua..apa khabar iman antum hari ini ?? entry kali ni saya nak kongsikan tentang insan tarbawi yg saya dapat semasa tazkirah .. apa sebenarnya insan tarbawi ni ?? secara umumnya insan tarbawi ini bermaksud insan yg ditarbiahkan (individu yg terdidik) insan tarbawi ini sentiasa bergantung kepada Allah walau apapun yg berlaku .. pergantungannya kepada Allah amatlah tinggi . bagaimana untuk menjadi insan tarbawi ?? untuk menjadi insan tarbawi ,,kita mestilah mentarbiyahkan diri kita .. (tarbiyah - didik) tarbiyah terbahagi kpd byk cabang...antara yg terpenting adalah : ~ tarbiyah ruhiyah (rohani) tarbiyah ruhiyah ini bermaksud tarbiyah rohani ..dalaman kita ..untuk menjadi insan tarbawi ,,tarbiyah yg paling penting adalah tarbiyah ruhiyah ..dalaman kita ini perlu dididik , perlu diberi makan . apa makanan rohani ? makanan rohani ini kita boleh dpt drpd majlis2 ilmu.. majlis2 yg boleh menambahkan keimanan dan keyakinan kepada Allah . ~ tarbiy...

Does Islamic method of slaughtering animal appear ruthless..??

Image
assalamualaikum and hye to everyone..this entry will be fully in english.. As mention in the title above , I'll share here about slaughtering animal in Islam..Why I decide to write about this ?? because...until now,,a lot of non-muslim confuse about this and even there are a few of Muslim who still doubt about this..so,,as a muslim , I have to convey and explain about this. The Islamic method of slaughtering . 1 ~ the animal should be slaughtered with a sharp object (knife) and in a fast way so that the pain of slaughtering is minimized . 2 ~ The slaughtering is to be done by cutting the throat , windpipe and the blood vessels in the neck causing the animal's death without cutting the spinal cord . 3 ~ The blood has to be drained completely before the head is removed . The purpose is to drain out most of the blood which would serve as a culture medium for micro organisms . The spinal cord must not be cut because the nerve fibres to the heart could be damaged during th...

muslimah sejati ibarat ovum..

Image
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..hari ni sy nak kongsi ttg ovum.. ovum?? kenapa dgn ovum ?? kenapa ovum sama mcm muslimah ?? cuba kita perhatikan gambar ovum kat atas ini .. kalau kita tengok , ovum ni ada beberapa lapisan yg mengelilinginya ..lapisan ini membuatkan sperm susah nak masuk dalam ovum,,walau berjuta-juta sperm cuba nak masuk dalam ovum ni ,,hanya seekor sperm yg akan berjaya masuk .. so...apa kena mengenanya dgn muslimah sejati ?? seorang muslimah sejati ada benteng yg memagari dirinya drpd lelaki2 yg cuba mendapatkan cintanya..walau ramai lelaki yg memikatnya ,, hanya seorang sahaja yg berjaya mendapatkan cintanya iaitu sang suami..seorang muslimah sejati tidak membenarkan mana2 lelaki menggugat cintanya pd Sang Pencipta.. cintanya hanya dilabuhkan pada yg betul2 hak .. ovum pula....once seekor sperm dah berjaya masuk dalam nya ,,ia akan mengeluarkan enzyme untuk menguatkan lapisan yg mengelilinginya ,,sekaligus menghalang sperm2 yg lain memasukinya .. ...

dakwah vs islah ??

Image
assalamualaikum semua .. syukur kpd Allah sy masih mampu berkongsi sesuatu di sini , juga selawat dan salam buat rasul junjungan kerana dgn berkat perjuangan Baginda kita dapat merasai dua nikmat yg terbesar iaitu nikat iman dan Islam . hari ni sy nak tulis ckit ttg dakwah dan islah .. kita ambil dakwah dlm konteks untuk non muslim n islah untuk muslim . pada pendapat antum mn lg penting .. dakwah kepada non muslim or islahkan muslim ?? hmmm ..masing2 mesti ada pendapat yg tersendiri .. kalau kita tgk program kat malaysia ni program dakwah yg byk ke or program islah ?? kat malaysia byk sgt program islah tp program dakwah hampir2 xde.. sy x delah nak ckp mn lebih penting cuma kat cni sy nak kongsikan sedikit perkongsian yg sy dapat semasa sesi ceramah bersama bro shah kirit .. kenal x ?? beliau adalah india muslim yg sudah 15 tahun kembali kpd islam .. beliau skrg bergiat aktif dlm berdakwah kpd non muslim n train org islam utk berdakwah . perkongsian pd malam tu bertaju...

like a pencil !!

Image
assalamualaikum semua . apa kabar iman antum ?? moga2 bertambah . entry kali ni sy nak share sedikit pengisian yg sy dapat semasa usrah . apa yg sy nak kongsikan adalah ttg sebatang pensil . ada apa dgn pensil ?? sebenarnya pensil ni sama seperti kita . ~ pensil .. ada pemegangnya yg mencoretkan sesuatu atas kertas . pensil hanya mengikut gerak atur si pemegangnya . sama seperti kita , perjalanan hidup kita telah dicoretkan oleh ALLAH . ~ pensil ... jika tumpul , kita akan cari inisiatif untuk menajamkannya semula . sama seperti kita , jika ilmu kita sedikit, kita mesti cari inisiatif untuk menambah ilmu kita . sama juga seperti iman , jika iman kita semakin tumpul , cepat2 lah cari inisiatif untuk menajamkannya kembali . ~ pensil .. bila menulis benda yg salah kita akan memadamnya .. sama seperti diri kita , jika melakukan kesalahan atau dosa cepat2 lah perbaiki dan bertaubat . ~ pensil .. apabila kesalahan yg kita tulis itu terlampau banyak , dan hinggga bila kita...

renungilah duhai wanita..

Image
daripada Abu Musa , Rasulullah SAW bersabda , " setiap pandangan mata yang haram adalah penzina dan sesungguhnya apabila wanita itu mengenakan haruman kemudian dia berlalu menghadiri majlis , maka dia adalah penzina ." menurut Syaikh Al-maududi , terdapat tiga pengertian tabarruj : ~ menampakkan keelokan wajah dan bahagian tubuh yang boleh membangkitkan nafsu syahwat di hadapan lelaki yang bukan mahram . ~ mempamerkan pakaian dan perhiasan yang indah di hadapan lelaki yang bukan muhrimnya . ~ mempamerkan diri dan berjalan dengan lenggang - lenggok dihadapan kaum lelaki yang bukan muhrim . Sabda Rasulullah SAW : " wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki , yang melenggok - lenggokkan tubuhnya , yang kepalanya seperti punuk unta , mereka itu tidak akan masuk syurga ." ( riwayat Muslim ) NAFSU mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya . AKAL mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaian...

lelaki yang kami rindui..

Image
lelaki yang kami rindui , hanya iman penggerak hidupnya , tiangnya agama , batinnya taqwa , ilmu teguh di dada , hatinya sarat cinta kepada Allah dan Rasulnya , suluhnya bukan nafsu semata , tapi ihsan kaya di jiwa . lelaki yang kami rindui , terhibur dengan kalamullah , merasa manis dengan zikrullah , rindukan perjuangan Rasulullah , cintakan sunah kekasih Allah , gagah menangkis mehnah , di akhir zaman yg penuh mehnah . lelaki yang kami rindui , malamnya syahdu dek tangisan , tidak terbuai dek lena panjang , munajatnya pilu , penuh keinsafan , sujudnya penuh kehambaan . lelaki yang kami rindui , mengenal kami cinta hakiki , cinta Illahi itulah visi, agar hidup diiringi Rabbi , bersih dari tipuan iblis . lelaki yang kami rindui , membentangkan kami permaidani muhsabah , kata-katanya adalah tazkirah , senyumannya adalah nasihat , telunjuknya adalah arah , agar tetaplah kami penuh hebah , di atas landasan Islam yang indah , hingga ke titisan darah.....

dia yang kunikahi..

Image
Assalamualaikum semua .. Hari ni sy nak share ckit ttg novel yg baru sy abes baca .. tajuknya dia yang kunikahi . ni lah novel tu . novel ditulis oleh penulis blog bayyinat apa yg sy suka dgn novel ni adalah kerana semua yg tertulis dlm novel ni dekat dgn sy baik watak n tempat . salah satu watak dlm novel ni nama dia nasuha , kebetulan nama roomate sy pun nasuha . apalagi , perasan abes lah roomate sy tu ..hehe.. kadang2 sy sengaja baca kuat2 baris2 ayat yg ada nama nasuha dlm novel tu . saja nak bg die dgr .. lg satu yg sy suka tempatnya byk kat pahang .. lagi2 pekan pahang ..huhu.. rumah sy pun kat pekan .. seronok sy baca .. gambar cincin dlm tu pun sama cam cincin tunang kwn sy .. alquran yg digambarkan dlm novel tu pun persis cam al quran sy .. tp sebenarnya bukanlah perkara ni yg sy nak kongsikan . kat atas tu hanya selingan . sebenarnya sy nak kongsi ibrah yg sy dapat dr novel ni ..ttg baitul muslim .. muda sgt ke sy nak ckp ttg baitul muslim ?? tidak , bahkan agak terlew...

ku meridui bumi itu..

Image
ku merindui bumi itu.. bumi itu mengajar aku mengenal Allah.. bumi itu mengajar aku mencintai Allah lebih dr segala2 nya bumi itu mengajar aku mencintai makhluk kerana-Nya bumi itu mengajar aku cinta selepas Allah dan Rasul adalah cintaku pd ibubapa bumi itu mengajar aku erti ukhuwah fillah bumi itu mengajar aku mencintai sahabat kerana-Nya bumi itu mengajar aku menjadi muslimah sejati bumi itu mengajar aku menghormati orang lain bumi itu mengajar aku mecintai akhirat bumi itu mengajar aku melawan cinta yg berlandaskan nafsu bumi itu mengajar aku erti pengorbanan bumi itu mengajar aku erti sebuah perjuangan Islam! ku merindui bumi itu.. bumi itu..bumi tarbiah um nilam puri..

Rintihan syawal

Image
suatu hari di bulan syawal , sedang aku mejemur pakaian di luar rumah kedengaran suara kanak-kanak memberi salam . "Assalamualaikum!!" "Waalaikumussalam". jawabku. "akak , boleh kami beraya?". tanya salah seorang dari mereka. "boleh-boleh , masuklah. " jawabku dengan riang. Aku pun masuk kedalam rumah bersama mereka. "adik-adik duduklah dulu, akak pergi buat air ye". Aku ke dapur untuk membuat air. ......................................................................................... "Jemput minum adik-adik . Makanlah kuih-kuih ni . " kataku sambil tersenyum. Seronok aku melihat keceriaan kanak-kanak ini . Hidup mereka bagaikan tiada masalah . "dah berapa buah rumah adik-adik beraya?" tanyaku. "baru dua akak". jawab salah seorang dari mereka . "owh , akak ingatkan dah banyak" . "kami dah pergi banyak rumah , tapi yang buka pintu dua buah rumah je." "owh , mac...

sketsa Ramadhan..

Image
pada suatu petang jam 7:23 p.m , di sebuah rumah yang terletak di Malaysia , manusia : Ya Sya'ban , benarkah engkau akan pulang? sya'ban : Ya wahai manusia . Aku telah diperintahkan untuk pulang . Janganlah bersedih wahai manusia . selepas ini sahabatku akan datang menziarahimu . sudilah kamu menjemputnya. manusia : siapakah sahabatmu wahai Sya'ban? Insyaallah aku akan menjemputnya . sya'ban : sahabatku bernama Ramadhan . Dia akan datang bersama isterinya Rezeki , anak-anaknya ,Sahur dan Iftar , dan juga tiga orang cucunya Rahmat , Barakat dan Taubat .Insyaallah engkau akan menyenangi mereka . manusia : owh . Insyaallah aku takkan mengecewakan mereka . sya'ban : aku balik dulu ya . Assalamualaikum . manusia : waalaikummussalam . (jawab manusia dalam kesedihan) ....................................................................................... tok , tok ,tok . bunyi ketukan pintu . Manusia bergegas ke pintu untuk melihat siapa di luar . Ram...

Ramadhan is here!!!

Image
assalamualaikum semua..Ramadhan kareem..kat sini saya nak kongsi ckit tentang 3 tahap orang berpuasa.. tahap pertama : tahap ni dikenali sebagai tahap org awam..means tahap org biasa.. orang yang berada pada tahap ini puasanya hanya sekadar menahan diri dari makan dan minum.. ada di antara puasa org-org ini tak diterima oleh Allah..nauzubillah.. moga2 kita tidak tergolong dlm golongan ini.. tahap kedua : tahap ini dikenali sebagai tahap khusus . puasa mereka bukan setakat menahan diri dari makan dan minum . malah pancaindera mereka juga turut berpuasa . mata berpuasa dr melihat perkara2 yg haram . mulut berpuasa dr bercakap perkara sia-sia . telinga berpuasa dr mendengar perkara2 yg lagho . tahap ketiga : tahap ini dikenali sebagai tahap khususul khusus . orang yg berada pada tahap ini lebih baik pada tahap kedua . puasa mereka semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah . dan orang yang berada pada tahap inu menangis saat ramadhan pergi .. moga kita tergolong dlm golongan i...

jangan tinggal...

Image
4 pesanan Ibn Abbas : 1~jangan tinggal solat fardhu berjemaah 2~jangan tinggal baca Al-quran 3~jangan tinggal majlis ilmu 4~jangan tinggal bangun malam

bersangka baiklah dengan Allah..

Image
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah s.w.t. berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak.” H.R. Abu Hurairah pernah tak kita merasa Allah tidak menyayangi kita apabila doa kita tidak dimakbulkan?? bersangka baiklah dengan Allah.. wallahua'lam

mudahnya kita bersangka buruk..

Image
assalamualaikum semua..dah lama rasanya saya tak menulis..alhamdulillah Allah masih memberi saya kesempatan untuk menulis di sini..sedikit tazkirah sebagai perkongsian saya pada hari ini..semoga perkongsian ini bermanfaat utk sy dan semua.. apa yang saya nak kongsi di sini adalah tentang sangkaan buruk..lebih dalam konteks sesama manusia.. pernah tak kita bersangka buruk dekat org lain?? jujur saya katakan yang saya juga tdk terlepas dari bersngka buruk dan saya percaya hamba biasa macam kita ni tdk terlepas dr bersangka buruk..paling kurang pun terlintas di fikiran kita.. tapi..sedar tak kita bahawa sangkaan buruk ini sebenarnya lahir dari hati yang kotor?? jadi..kalau sekali terlintas di fikiran kita sangkaan buruk terhadap orang lain, cepat2lah kita padamkannya dan beristigfar..gantikannya dgn bersangka baik.. insyaallah hati kita akan lebih tenang.. kadang-kadang saya terfikir..kenapa kita nak bersangka buruk?? sedangkan ia akan buat hati kita tak tenteram, marah..apapun...

Polis vs orang agama

Image
assalamualaikum semua . apa khabar iman kita hari ni?? insyaallah kali ni sy akan kongsikan sedikit pendapat sy ttg tajuk kat atas tu . sebenarnya apa yg sy nak kongsikan x delah segempak tajuk kat atas ni. apa yg sy nak katakan di sini adalah... ape tugas polis sebenarnya?? tentulah menjaga keamanan negara n nama baik negara kita . tp kadang2 kita lihat x semua polis mematuhi undang2 negara . bukan semua tp hanya segelintir . tp disebabkan nila setitik tu , rosaklah susu sebelanga . kadang2 kite tengok polis sendiri merokok kat kwsn larangan .. sepatutnya polis menjadi role model kepada semua rakyat Malaysia sbb selalunya rakyat akan pandang pd polis . "polis pun buat , kite bolehlah" sama juga situasi polis ni dgn orang agama . sepatutnya orang yg belajar agama ( pengajian islam) tugasnya adalah untuk menunjukan keagungn n kemurnian Islam.. tp kadang2 kita juga lihat segelintir orang agama tidak menunjukkan imej Islam yg sebenar . contohnya ade je budak2 pengajian...

pabila Islam menjadi asing

Image
assalamualaikum semua..apa khabar iman antum?? insyaallah , hari ni sy nak kongsi sedikit apa yg sedang berlaku pd zaman yg mengejar arus kemodenan ini.. jika kita lihat pd zaman sekarang ni islam sedikit sebanyak sudah menjadi asing . betul x?? maksud sy Islam sudah jd asing bukanlah org yg menganut Islam sebab kalau kita nak tgk sekarang umat Islam tu memanglah ramai , tetapi , berapa ramai sgt yg mengamalkan Islam sepenuhnya?? berapa ramai yg menjadikan Islam sebagai Addeen .? bahkan, orang yg mengamalkan Islam or membawa nama Islam kadang-kadang diperlekehkan . Yang paling sedihnya , umat Islam sendiri memperlekehkan orang2 agama . Umat Islam sendiri yg mempermainkan hukum2 Allah . Benarlah sabda Nabi Muhammad s.a.w. bahawa Islam bermula dalam keadaa terasing dan akan kembali asing seperti permualaannya . di sini sy bagi satu situasi .. suatu hari sy dan kawan2 pergi ke koperasi utk membeli keperluan. kami merupakan students pengajian Islam dgn sains . jd, tentulah kami berp...

dakwah dusta

Image
Ada sebuah kisah cantik yang dikutip oleh Syaikh ’Abdullah Nashih ’Ulwan dalam Taujih Ruhiyah-nya. Kisah menarik ini, atau yang semakna dengannya juga termaktub dalam karya agung Ibnul Qayyim Al Jauziyah yang khusus membahas para pencinta dan pemendam rindu, Raudhatul Muhibbin. Ini kisah tentang seorang gadis yang sebegitu cantiknya. Dialah sang bunga di sebuah kota yang harumnya semerbak hingga negeri-negeri tetangga. Tak banyak yang pernah melihat wajahnya, sedikit yang pernah mendengar suaranya, dan bisa dihitung jari orang yang pernah berurusan dengannya. Dia seorang pemilik kecantikan yang terjaga bagaikan bidadari di taman surga. Sebagaimana wajarnya, sang gadis juga memendam cinta. Cinta itu tumbuh, anehnya, kepada seorang pemuda yang belum pernah dilihatnya, belum pernah dia dengar suaranya, dan belum tergambar wujudnya dalam benak. Hanya karena kabar. Hanya karena cerita yang beredar. Bahwa pemuda ini tampan bagai Nabi Yusuf zaman ini. Bahwa akhlaqnya suci. Bahwa ilmu...

jalan-jalan tazkirah

Image
assalamualaikum semua..hari ni sy nak share tazkirah sy n kawan2.. semalam sy n 6 org kawan klua jln2.. lps mkn tengahari kitorg pun mulakan tazkirah berantai..sebenarnya tazkirah x de dalm perancangan kitorg pun.on the spot je..tgh citer2 tibe2 kluar idea nak wat tazkirah berantai..so, jln2 kitorg x lah jd sia2 kerana ada ckit makanan rohani..tazkirah dimulakan oleh nadia.. nadia- hak manusia sesama manusia : 1-apabila seorg beri salam, wajib menjawab salamnya 2-apabila seseorg bersin, jwb yaharmukalah 3-apabila seseorg sakit, dtg ziarah 4-apabila seseorg meninggal, iring jenazahnya 5-apabila seseorg meminta nasihat, bg nasihat kpdnya farida-penjaggan hati bagaimana kita nak jg hati kita??terutamanya perasaan terhadap kaum berlainan jenis.. tunduklah pandangan kita apabila kita berurusan dgnnya.untuk memiliki hati yg bersih kita haruslah selau berzikir, solat taubat n ingat mati. farah-menjaga kekhusyukan solat sy nak kongsi sebuah cerita, ada seorg hamba Allah ...

LoVe lOvE LOVE!!

Image
Assalamualaikum semua! kaifa halukum? moga antum semua diberi kesihatan yg baik oleh Allah. kalau ada yg sakit itu anggaplah ia sbg kifarah dosa kita. hari ni sy nak share ttg cinta coz kat musola td kitorg main game ala ala kotak beracun. tibe2 kene kat sy n I have to talk about CINTA. Tp sbb nervous sgt td sy just ckp ckit je. so, sy share kat cni jelah what actually i wanna say about love. apa pendapat korg ttg cinta?? ada org yg ckp cinta ni x boleh n yg lain pula ckp cinta ni perlu. sebenarnya cinta itu perlu bg kita sebagai manusia kerana cinta tu adalah fitrah. siapalah kita nak melawan fitrah. tp cinta kita mestilah berlandaskan syariat. yg paling utama adalah cinta kita terhadap Allah dan rasul. x salah juga utk kita mencintai kaum berlainan jantina. tp, kita haruslah bijak mengawal fitrah cinta itu dr menjadi fitnah.x perlulah nak declare couple coz couple tu hanya mengundang fitnah n dekatkan diri kita zina. bg pendapat sy org yg bercouple ni x yakin dgn Allah. x yak...

suara wanita dalam solat

Image
bagaimana batas suara 'jahar' dan 'sir' bg wanita dlm solat? Maliki:menjahar sekadar terdengar untuk dirinya sendiri. suara tertinggi dan terendah wanita dlm solat sama saja iaitu sekadar menggerakkan lidah. syafi'e:wanita boleh menjahar (baca kuat) dalam solat yg dilakukan sesama wanita tnpa ada lelaki asing mendengarnya. batas suara sir (suara rendah) pula adalah sekadar kedengaran untuk dirinya sendiri. hambali:tidak disunatkan jahar dlm solat. tetapi boleh jahar jika tidak didengari oleh lelaki asing. jika ada lelaki asing mendengar, harus berhenti menjahar. hanafi:menurut mazhab ini suara wanita adalah tidak aurat,maka hukum jahar bg wanita dlm solat adlah sama dgn hukum yg ditetapkan utk lelaki iaitu(serendah jahar-diperdengarkan kpd org lain tdk sahaja org-org yg dekat dgnnya, setinggi jahar-tdk terbatas).tetapi dgn syarat wanita tdk boleh melagukan bacaannya sehingga menaikkan nafsu syahwat lelaki yg mendengarnya. jika demikian suara wa...

Manusia, Tahajud dan Subuh

Image
manusia :Ya Allah!! dah 5:40 am. kejap lagi subuh nak dtg..napelah aku bgn lambat?? Ya Allah, aku terlupa jemput tahajud! manusia pun berlari menuju ke pintu utama rumah dan terus menunggu.. manusia lihat tahajud sedang menunggu di dpn pintu. manusia : tahajud!!aku minta maaf x sempat jemput kau. tahajud : kenapa kau lupa jemput aku?? aku sgt sedih..kau tau kan betapa besarnya pahala kalau kau jemput aku?? manusia : ya, aku tau..tapi aku terbangun lambat..kejap lagi subuh nak dtg, aku kena jemput dia. aku janji esok aku akan jemput kau , tahajud. insyaallah.. tahajud : x pelah..aku tunggu kau jemput aku esok. aku balik dulu.. subuh dah nak datang. manusia : baiklah tahajud..assalamualaikum. tahajud : waalaikummussalam. tok tok tok..bunyi pintu. manusia pun membuka pintu. manusia : oh subuh..masuklah. subuh : terima kasih kau jemput aku. banyak manusia lain yg x sudi jemput aku. tadi on the way aku ke sini, aku terserempak dgn tahajud. aku nampak mcm ...

Al-fatih

Image
Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 30 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum. Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W: "Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera." Seorang Sahabat Rasullullah S.A...

belajar kerana Allah

Image
assalmaualaikum semua ..apa khabar iman mu?? hari ni sy nak share ttg belajar kerana Allah.. macam mana belajar kerana Allah?? belajar kerana Allah ialah belajar semata-mata utk mendapat redha Allah s.w.t belajar bukan semata-mata untuk lulus dalam perperiksaaan, untuk mendapat kerja yang bagus, untuk dikatakan orang yang bijak atau pelbagai lagi niat yang lain melainkan hanya kerana Allah SWT. Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki menuntut ilmu (sebaliknya) selain daripada Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada neraka." [HR Tarmizi] insyaallah sesiapa yg meletakkan dlm mindsetnya keredhaan Allah s.w.t, Allah pasti akan menganugerahinya harta, kemasyhuran dan kedudukan yg tinggi di dunia dan akhirat. firman Allah dlm surah Al-Mujadalah ayat 11: "Allah meninggikan darjat org-org beriman diantara kamu dan org-org yg diberi ilmu be...

couple bkn zina??

Image
assalamualaikum semua..apa khabar iman antum??harapnya iman kita bertambah. baru-baru ni sy ada terbaca satu note dkt facebook yg membahaskan ttg zina yg berkaitan dgn couple contohnya zina hati,tgn, kaki n mata. tajuknya couple bkn zina.Terima kasih kpd penulis atas perkongsian. apa yg dibahaskan disitu couple bkn zina, mengngati seseorg itu bkn zina. seperti hadith Nabi ini yg membicarakan ttg zina MAKSUD ZINA HATI DAN ZINA KECIL YANG LAIN Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam: (إِنَّ اللهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ الْمَنْطِقُ، وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي، وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ). رواه البخارى (6/2438، رقم 6238)، ومسلم (4/2046، رقم 2657)، وأبو داود (2/246، رقم 2152)، والبيهقى فى شعب الإيمان (4/365، رقم 5428). وفي رواية مسلم: (كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَ...

amar ma'ruf nahi mungkar

Image
assalamualaikum semua..moga antum semua diberi kesihatan oleh Allah s.w.t. hari ni ana nak sentuh tentang amar ma'ruf nahi mungkar. jika kita teliti dalam Al-quran, Allah byk menyebut tentang amar ma'ruf nahi mungkar. antara ayat-ayat yg menyentuh ttg ini ~ 1)surah Ali imran ayat 104 : "Hendaklah terdapat antara kamu segolongan yang menyeru dengan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya." 2)surah Ali imran ayat 110 : "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasi...

ukhuwah

Image
"hish...bengang betul saya..manalah sakinah ni menghilang?" rungut sara. "awak kenapa sara??pagi-pagi lagi dah bising..ada masalah ke??"tanya farahin hairan. "sakinah ni..hilang entah ke mana..semalam kitorang janji nak buat assignment pagi ni..tiba-tiba je dia menghilang." mendengar rungutan sara ,farahin tersenyum.. "oh, itu sebabnya yang buat muka si manis ni kelat pagi-pagi." "eee awak ni..orang seriuslah."gerutu sara.. "ok2..mungkin dia pergi kedai kot..beli buku..mana kita tau." "ye lah tu..entah-entah pergi dating."sangka sara. "ya Allah..tak baiklah awak cakap macam tu, kita kan kena bersangka baik".nasihat farahin sambil tersenyum. "awk ni..baik sangatlah, asyik-asyik nak sangka baik, mana lah tau dia buat benda jahat."rungut sara muak. "sara, kan serendah-rendah ukhwah adalah bersangka baik..kalau kita bersangka buruk dekat sakinah,masih ada lagi ke ukhwah antara k...

luahan buat sahabat..

Image
these words I dedicate to all my friends exp (kwn2 kat tok sira,fakeh,sri maulana,seri biram,instar n um)..although its not my words , its also from my heart.. duhai sahabat.. masihkah kau semadikan di minda?? bahawa ukhwah yg terjalin antara kita adalah cinta tulus bersulam taqwa rangkaian jiwa sesama insan manusia menjadi lambang keagungan cinta terhadap Sang Khaliq Maha Pencipta.. duhai temanku.. berjanjilah.. ukhwah kita yg terbina kerana cinta padaNya seperti ukhwah yg terjalin antara Rasulullah dan sahabat.. duhai sahabat.. teringat ku pd kata-kata Imam al- Ghazali: "ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tetapi pada seseorang terhadap saudaranya dalam doanya" ku harapkan mekar dihati agar persahabatan suci ini kan terus mantap menjadi syafaat terukir indah di pintu Jannah! Ya Allah.. tatkala bahang mahsyar-Mu menjilat tubuh izinkan kami sama-sama berteduh tatkala mizan-Mu teliti mengira beratkan neracanya atas setiap jasa naungi ...

duhai muslimah..

Image
tercipta engkau dari rusuk lelaki bukan dr kaki utk dialasi bukan dari kepala utk dijunjung tp dkt dibahu utk dilindung dkt juga dihati utk dikasihi kaulah wanita hiasan dunia... " Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. " [HR. Muslim] "Katakanlah kepada wanita yang beriman, "Hendaklah mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, ... " [Surah An-Nur (24): 31]  Tabarruj? Engkau tidak perlukannya... "... janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah..." [Surah Al-Ahzab: 33]  Contohi mereka ummul mukminin, tidak perlu kau lunak-lunakkan suaramu; "Wahai istri-istri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada pe...